Monday, March 31, 2008

Visi

Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor kini yang diterajui oleh YB Datuk Hj. Ab. Rahaman Bin Hj. Ab. Karim selaku ADUN. Beliau berharap DUN Pantai Kundor dapat menjadi salah sebuah kawasan yang pesat membangun dalam Negeri Melaka dengan pelbagai kemudahan infrastruktur, perkhidmatan dan juga keselamatan.

Misi

DUN Pantai Kundor diharap dapat dijadikan sebuah kawasan yang makmur dan terkenal dengan keindahan alam persekitarannya, kestabilan dalam sosio-ekonomi, keseimbangan ekosistem serta persefahaman yang baik antara semua penduduk dan juga pemimpin.

Matlamat

Hasil kerjasama di antara pemimpin dan penduduk setempat diharap dapat menjadikan DUN Pantai Kundor semakin maju selaras dengan kehendak kerajaan pusat yang ingin melihat seluruh rakyat dapat hidup dengan aman sentosa tanpa ada perbalahan kaum.

Perancangan Pembangunan

Bagi DUN Pantai Kundur, pembangunannya lebih kepada peningkatan sektor pelancongan selain pembangunan setempat. Keindahan Pantai Puteri tidak akan disia-siakan begitu saja. Pantai Puteri akan dibangunkan hingga menjadi tempat pelancongan tersohor di negara ini. Kemudahannya akan dipertingkatkan dari masa ke semasa oleh kerajaan negeri seperti kemudahan awam, riadah, rekreasi, sukan air dan pelbagai lagi. Ini bagi menarik minat para pelancong untuk datang berkunjung ke Pantai Puteri. Dengan kedatangan pelancong ini bukan saja akan memeriahkan lagi Pantai Puteri bahkan menambah sumber ekonomi penduduk setempat.

Aktiviti







Sekitar aktiviti-aktiviti YB Datuk Ab. Rahaman Bin Hj. Ab. Karim




















JKKK dalam Kawasan Dun

Merangkumi 10 kawasan Pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu :

1. Paya Luboh
2. Pantai Kundor
3. Tangga Batu Pekan
4. Pengkalan Perigi
5. Bukit Darat
6. Pengkalan Lanjut
7. Kampung Gelam
8. Tanah Merah Jaya
9. Tanjung Keling
10. Pantai Rombang

Senarai nama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) :

1. Tuan Hj. Kassim Bin Hj. Ab. Karim (Paya Luboh)
2. Encik Ramly Bin Rahim (Pantai Kundor)
3. Encik Ramli Bin Maarof (Tangga Batu Pekan)
4. Hj. Kamaruddin Bin Saadom (Pengkalan Perigi)
5. Hj. Mustaffa Bin Maarof (Bukit Darat)
6. Tuan Hj. Salleh Bin Said (Pengkalan Lanjut)
7. Tuan Hj. Ahmad Bin Aman (Kampung Gelam)
8. Tuan Hj. Mat Bin Hassan (Tanah Merah Jaya)
9. Encik Hussin Bin Haron (Tanjung Keling)
10. Tuan Hj. Mahmud Bin Bakar (Pantai Rombang)

Profail ADUN

Nama :
YB Datuk HJ. Ab. Rahaman Bin Hj. Ab. Karim

No. K/P :
510304-04-5313

Tarikh Lahir :
4 Mac 1951

Tempat Lahir :
Hospital Besar Melaka

Umur :
55 tahun

Kegemaran :
Membaca dan melancong

Sukan Kegemaran :
Bowling, Badminton, Berjoging

Taraf perkahwinan :
Berkahwin

Nama Isteri :
Datin Hjh. Mariah Bt Hj. Md Nor

Bilangan Anak :
5 orang

a) Siti Rahimah Bt Hj. Ab. Rahaman
b) Mohammad Izat Bin Hj. Ab. Rahaman
c) Siti Raihana Bt. Hj. Ab. Rahaman
d) Mohd. Azim Bin Hj. Ab. Rahaman
e) Siti Munirah Bt Hj. Ab. Rahaman

Alamat Rumah :
3404 Km 11, Jln. Bukit Gedong, Tanjung Keling, 76400, Melaka

Pendidikan :
a) Sijil Perguruan Kepujian Maktab Perguruan Bahasa

b) Sijil Perguruan Khas Kepujian, Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur

c) Ijazah Kepujian Kelas Kedua Tertinggi dengan Bachelor Pedidikan Universiti Putra Malaysia

Penglibatan Kemasyarakatan :

a) Exco Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan - (1992-1994)
b) Ahli Jawatankuasa GPMS Pusat
c) Pengerusi GPMS Cawangan Pantai Puteri - (2007 hingga kini)
d) Pengerusi GPMS Tangga Batu - (1990-2006)
e) AJK Gerakan Belia 4B Negeri Melaka - (1994-2000)
f) Pengerusi GPMS peringkat Negeri Melaka - (2006-hingga kini)
g) Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Kundor - (2004-hingga kini)
h) Ahli Exco Kerajaan Negeri Melaka - (2005- Mac 2008)

Pengalaman Bekerja :
a) Guru (selama 25 tahun)
b) Pendaftar Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM) - (Mei 2001 - 14 Jan 2003)
c) Pengurus Besar MAIM Holdings Berhad

Pengalaman Politik :
a) Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pengkalan Perigi - (1990-1992)
b) Ketua UMNO Cawangan Pengkalan Perigi - (1992 - hingga kini)
c) Setiausaha UMNO Negeri Melaka - (2005 - hingga kini)
d) Setiausaha UMNO Bahagian Tangga Batu - (2004 - hingga kini)

Anugerah Darjah Kebesaran / Bintang :
a) Pingat Jasa Kebaktian (PJK) - (1994)
b) Bintang Khidmat Negara (BKT) - (2001)
c) Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - (2006)