Monday, March 31, 2008

Perancangan Pembangunan

Bagi DUN Pantai Kundur, pembangunannya lebih kepada peningkatan sektor pelancongan selain pembangunan setempat. Keindahan Pantai Puteri tidak akan disia-siakan begitu saja. Pantai Puteri akan dibangunkan hingga menjadi tempat pelancongan tersohor di negara ini. Kemudahannya akan dipertingkatkan dari masa ke semasa oleh kerajaan negeri seperti kemudahan awam, riadah, rekreasi, sukan air dan pelbagai lagi. Ini bagi menarik minat para pelancong untuk datang berkunjung ke Pantai Puteri. Dengan kedatangan pelancong ini bukan saja akan memeriahkan lagi Pantai Puteri bahkan menambah sumber ekonomi penduduk setempat.